BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 21 Julai 2009

masalah yang tidak dapat diselesaikan

Kreativiti Dalam Seni Visual SSL2012
Nurfarahin binti Mazlam
D20081032494, group B
fikirkan satu masalah yang paling konkrit yang tidak boleh diselesaikan.
Apakah yang dimaksudkan dengan “MASALAH”? pada pendapat saya masalah bermaksud sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang berada dalam keadaan yang tertekan, sukar untuk melaksanakan kerja-kerja seharian dan melepaskan emosi kepada pihak yang tidak terlibat seperti rakan mahupun keluarga. Bagi saya masalah timbul disebabkan perkara yang kita ingini tidak dapat kita capai secara keseluruhannya. Hal ini demikian kerana, persekitaran yang berada di sekeliling kita merupakan penyumbang kepada masalah yang kita hadapi sekarang ataupun yang telah berlalu namun masalah tersebut sehingga kini masih membelengu diri kita. Benarkah? Tepuk dada Tanya hati.
Bagi saya masalah yang paling konkrit untuk diselesaikan adalah saya seorang manusia yang suka memikirkan perkara yang tidak sepetutnya difikirkan sehinggakan perkara yang kecil saya fikirkan menyebabkan saya mudah tertekan, disebabkan saya gemar memikirkan masalah yang tiada punca yang sebenarnya ditambah lagi masalah kecil pun saya fikirkan secara tidak langsung kepala saya mudah berserabut dengan masalah yang remah temeh, kesannya juga saya rasai dan begitu memeritkan kepada saya. Sukar untuk saya membuang jauh-jauh masalah yang jarang ada pada orang lain. Kepala saya mudah berserabut dengan memikirkan kepala yang begitu remeh-temeh sehinggakan kesannya dapat dikesan pada wajah saya yang kadang-kadang ceria dan kadang-kadang tertekan. Ini pandangan saya terhadapa masalah saya secara umum.
Secara khususnya masalah yang sering saya alami sehinggakan sukar untuk diselesaikan adalah masalah untuk memuaskan hati semua pihak sama ada keluarga, sahabat serta orang yang berada disekeliling saya. Bukan senang untuk saya memuaskan hati semua yang berada di sekeliling saya ditambah lagi saya seorang yang sederhana dalam segala macam hal, keadaan ini menyukarkan saya untuk memuaskan hati semua pihak. Sebagaimana yang saya hadapi sekarang adalah memenuhi harapan kedua ibu bapa saya yang mengharapkan anaknya berjaya dalam pelajaran sekaligus menjadi seorang bakal pendidik yang berjaya, insyaALLAH. Masalah sekarang adakah saya berjayakah memenuhi harapan mereka, keadaan inilah yang membelengu diri saya yang mempunyai kekurangan keyakinan. Namum walauapapun yang terjadi harapan dan impian kedua ibu bapa saya akan saya tunaikan walaupun beribu halangan yang datang. Disebabkan kerana kurangnya keyakinan diri ini sedikit sebanyak mempengaruhi segala aktiviti yang saya lakukan dan keadaan ini bersangkut paut dalam memuaskan semua pihak.
Selain itu juga saya menghadapi masalah untuk memuaskan hati sahabat-sahabat saya yang mengharapkan perkara yang terbaik untuk saya lakukan namun tidak semudah yang dijangka. Sehingga kini apa yang dapat saya rasakan ada segelintir daripada mereka tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada diri saya. Inilah yang saya katakan bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak. Rakan, sahabat, kawan. Semua ini mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza ejaan dan sebutan begitu juga dengan masalah yang saya hadapi dimana saya adalah orang yang sama tetapi apbila bersama-sama dengan mereka saya secara tanpa sedarnya mudah berubah karektor seperti apabila berkawan dengan mereka yang mempunyai sikap yang gila-gila saya sukar untuk memenuhi segala tingkah laku mereka dan disebabkan kerana ini mereka menganggap saya susah untuk ikut campur tetapi hakikatnya perwatakan dan tingkah laku saya yang berbeza dengan mereka, dalam hal ini juga seperti yang saya katakan tadi tidak semua keinginan orang lain dapat saya penuhi dan dengan kata lain sukar bagi saya memenuhi serta memuaskan hati semua pihak. Hal ini telah lama berlaku dan sehingga kini masalah ini masih saya hadapi dan yang pasti tiada jalan jalan penyelesainnya.
Rakan-rakan boleh renungkan……..kalau rasa nak bagi pendapat, silalah.
Sekian ,terima kasih

0 ulasan: